Friday, February 3, 2017

Farisyah : Bermulanya Disini


Salam Penghulu Segala Hari
moga semua sihat hendaknya
sebab ramai yg tanya...
kenapa farisyah tukar sekolah?
macammana boleh tukar?
bermulalah kisahnya disini
maaflah sebab n3 ni mungkin panjang

3 tahun (darjah 1 hingga darjah 3)
farisyah ok je sekolah di aliran perdana
walaupun keputusan dia bukan cemerlang namun ada perubahan
lulus ujian Linus
macam korang tahu..(yg tahulah)
farisyah mmg bawah pengawasan doktor pakar endokrim hospital putrajaya
jadi memudahkan kami pantau dia bawah pengawasan doktor
jadi setiap kali chek up
mesti doktor akan tanya perkembangan
kami mmg buat mcm2 ujian untuk farisyah
last sekali ujian 3PK 
masa nie dia ddk borderline  (89%)
jadi cikgu dan doktor suruh teruskan ke aliran perdana

farisyah pandai membaca dari darjah 1 lagi tapi tidak lancar
dia tidak mengeja tapi nak kluarkan setiap perkataan tue ambil masa sikitlah
matematik pulak farisyah boleh je buat -,+ dan x tapi dengan syarat soalan tue soalan lazim
bukan soalan penyelesaian masalah
satu kelemahan paling besar dia ialah 
tulisan -serius mmg tak cantik langsung
macam ada masalah kat bahagian moto halus dia.
menyalin dari papan putih ke buku jugak jadi satu masalah buat dia.
tapi jika ada ujian lisan -jawab kuiz dalam kelas
farisyah bukanlah orang terakhir untuk menjawab soalan
jadi ini mengukuhkan lagi pendapat cikgu2 yg farisyah mampu berada di aliran perdana
namun hati seorang ibu nie tak lari dari kerisauan
makin hari makin risau ..tapi sebab nampak perubahan yg positif dan setiap tahun pasti dapat anugerah tunas harapan
 (anugerah ni buat pelajar yg lemah tapi menunjukkan peningkatan) 
buat kami cari alternatif ajar dia kat rumah

masuk darjah 4
sedikit penurunan dalam belajar dia
hari2 dia stress
tak boleh nak ikut cikgu ajar
subjek makin susah dan subjek makin bertambah
keadaan sekeliling dgn kawan2 lebih matang dari dia
mula ada perubahan perangai
jadi pemarah,suka memberontak,cepat kecik hati, sensitif melampau
sampai kami kadang2 hilang sabar dengan dia
bukan kami je yg perasan...orang di sekeliling dia pun perasan
makin lama makin stress...selalu pening dan muntah sebab stress yg melampau
klu hari cuti dia ok...tapi masuk minggu sekolah mulalah dia start buat perangai
kami jumpa cikgu2 farisyah
akhirnya guru besar sekolah buat keputusan farisyah tak payah jawab soalan mcm orang lain
klu kawan2 15 soalan dia hanya jawab 5 - 8 soalan je
hati ni makin risau dan risau
masa exam farisyah muntah atas kertas periksa
sebab stress sangat,dia tak tahu nak jawab soalan
last2 farisyah kena BRAIN STAND 
dan akhirnya dari temunjanji hospital putrajaya kami kena tambah jumpa pakar kat HKL pulak
kami buat temunjanji untuk MRI farisyah
result dah dapat....dan sedikit kesedihan melihat keputusan MRI farisyah
tapi takpelah ALLAH dah tentukan yg terbaik buat farisyah

cuti sekolah mcm biasa 
farisyah ddk dgn mak tok dia di trg
mak tok dia mmg jenis yg sabar je dengan cucu
tapi kali ni ...perangai farisyah buat mak tok banyak hilang sabar
mak tok dia banyak mengadu tentang perubahan farisyah
last2 aku rujuk perangai farisyah ni ke pakar di HKL
ok jawapan dia perubahan sikap ni kerana hormon pembesaran dia,
dia jadi macam hilang keyakinan diri,
dia jadi rendah diri
selain itu perubahan ini jugak sbb kesan ubat yang diambil 
tapi sebabkan masih dalam kawalan jadi dos ubat tue doktor tak kurangkan
huhuhuhuhu jadi sabar dan sabarlah .

masuk tahun 2017...
kami suami isteri makin risau dengan prestasi sekolah farisyah
periksa akhir tahun darjah 4
farisyah hanya dapat 9% markah dlm matematik dan 25% bahasa melayu
keputusan keseluruhan gagal dan ini adalah keputusan paling teruk dia dapat
huhuhhuhu risau serius kami risau
aku mula mencari dan mencari kat mana tempat aku nak mengadu
aku call bahagian 

      CLKB- Unit Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) kat kementerian pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujuk kes farisyah.

temunjanji di buat dan kebetulan tarikh temunjanji tue sama dgn tarikh temunjanji dengan Pakar Endo 
pesan Puan Mazlifah bawak semua result sekolah,buku tulis dan apa2 je  dan cerita details apa yang kami risau tentang farisyah.

12/1/2017 
pagi2 kami dah sampai kat hospital putrajaya
huhuhuhu bab menanti jangan di tanya...
puku1 11:30 baru doktor panggil kami
macam biasa tanya perkembangan farisyah 
so far semuanya ok kecuali perubahan perangai dan persekolahan dia
jawapan doktor sama je perubahan perangai sbb ubat dan perubahan hormon dia,tapi lama2 insayallah dia kan stabil balik 
dan sekarang so far bertambah baik
masuk bab sekolah
kami keluarkan segala result periksa,buku dan bahan2 rujukan lain
kami luahkan apa terpendam
doktor tgk report
tahun lepas banyak kali farisyah rujuk ke ER
sebab muntah2 teruk 
semuanya berpunca dr stress yang tinggi
akhirnya doktor buat cadangan dan keputusan untuk tukarkan sekolah farisyah ke PPKI
proses tukar sekolah ni bukan benda senang
nanti aku cerita prosedur dia 
untuk ke sekolah PPKI syarat utama kena ada kad OKU
time nie ALLAH je tahu perasaan kami
tapi doktor noor aina ni bagus...
sebelum dia terangkan lebih lanjut 
dia kaunseling kami dulu....
yup bukan senang nak terima sebenarnya 
tapi jika ini ALLAH dah tentukan kami terima je 
kami kena isi dulu borang JKM dalam 4 salinan
dalam tue doktor buat pengesahan tentang masalah farisyah
klu ikut catatan tue 
farisyah mempunyai masalah pembelajaran peringkat sederhana
tapi ada ayat2 doktor yg kami pegang sampai skrg dan menjadi pembakar semangat kami

"tak semestinya org yg ada kad OKU ni tak berjaya dalam hidup,Ini sebenarnya jalan terbaik untuk dia,skrg kita tak nampak lagi mana kelebihan dia sbb dia tak boleh nak tunjukkan bakat dia sebab org tak pandang dia,nanti kita tgk sebulan dua nanti pasti dia akan tunjukkan bakat dia sendiri, kat luar sana ramai je org yg ada masalah pembelajaran ni hidup senang lenang,berjaya jadi org kaya raya jadi mempunyai masalah pembelajaran bukan menjadi satu isu untuk dia gagal dalam kehidupan dia"

nampak tak disitu,kadang2 kita ni ibubapa pun sama kena kaunseling untuk kuatkan semangat kita.kekuatan kita yg penting dan kena kita betulkan sebelum kita kuat untuk teruskan kehidupan kita

selesai segala urusan kat hospital, kami sambung pulak kat 3PK 
jumpa puan mazlifah.
ok puan mazlifah tgk farisyah,baca report pasal farisyah ,ada sesi soal jawab sikit dengan farisyah dan jawapan yg di bagi sama dengan cadangan doktor tadi
tukarkan farisyah sekolah ke PPKI
sekali lagi kami kena kaunseling
nampak tak disitu...
peranan ibubapa itu penting
klu ibubapa tak sedia nak hadapi macam mana kita nak anak kita teruskan kehidupan
dan kat sini puan mazlifah siap bg tahu tentang prestasi farisyah melalui pandangan dia yg pertama

"farisyah nie jenis budak banyak ckp dan peramah,pandai atur ayat bila bercakap,terlalu jujur dalam penceritaan,pandai ambil hati orang,klu org macam nie klu kita asah bakat dia tak mustahil satu hari nanti dia boleh buat duit dengan JUAL AIR LIUR je..."

amin...moga kamu berjayalah satu hari nanti
perjalanan masih jauh dan jauh
kami akan usaha sebaik mungkin untuk farisyah
dan kami diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik dia
kunci utama dengan anak2 seperti farisyah ialah
SABAR
sbb memang dia banyak menguji kesabaran kami
kadang2 kesabaran kami ni jadi senipis kulit bawang
tapi satu aku kagum dengan cik hubby aku
lepas kami jumpa dua pakar dalam satu hari nie...
mmg perubahan yang ketara aku nampak
dia lagi SABAR berbanding sebelum ni
huhuhuhu walaupun sebenarnya nak hadapinya bukanlah senang

korang bayangkan budak 11 tahun tubuh pulak boleh tahan bambamnya main permainan budak 3 tahun dengan kusyuknya
macam permainan tue dia punya
permainan faez tuelah permainan dia
jangan harap dia nak ambil buku untuk dibaca tanpa disuruh
cerita kartun mmg kegemaran dia
kartun bukan kartun org besar2 tgk tue kartun budak2 
mcm didi n friend, roborcar poli,super wing, 
dan tak kisah ulang2 cerita yg sama janji dia puashati...
sampai kadang2 faez bising sebab kakak dia tengok cerita tue dah tgk banyak kali.
yup sebenarnya umur je 11 tahun tapi pemikiran dan tingkah laku masih lagi berada di tahap 7 atau 8 tahun...jadi tak mustahillah dia minat benda2 mcm gitu.

ok sekarang farisyah dah masuk sekolah baru
baru je seminggu lebih kurang
nampak perubahan yang ketara gaklah
dia happy takde stress lagi
belajar sampai bermain
belajar subjek penting2 je...
ada kelas berenang dan bowling setiap selasa
ada kelas memasak, ada kelas seni
dan mcm2 aktiviti yang kita tengok pun best sebenarnya
lagipun farisyah ddk kelas pertama kalau ikut aliran dia
kelas harapan guru
kalau ada apa2 pertandingan ke semua pelajar dalam kelas farisyah yang di asah bakatnya
kelas dia ada 15 orang je.
kami pun senyum je tengok dia happy

dapat anak mcm farisyah nie sebenarnya 
banyak yg kami perlajari
kami kenal erti sebuah kesabaran..bukan sedikit kesabaran tapi kesabaran yang tinggi kami perlukan
kami kenal erti sebuah pengorbanan
kami kenal mana kawan dan mana lawan kami
kami belajar erti redha...

yup redha bukan bereti tiada air mata tapi penerimaan apa yang ALLAH telah tetapkan pada kami

tipulah kalau aku cakap aku tak menangis
yup aku menangis setiap hari bila dapat tahu farisyah kena tukar sekolah, masuk sekolah PPKI, kena daftarkan dia jadi anak OKU, hati ibu mana tak sedihkan...namun bila ingat balik kata2 mereka yang sentiasa disamping aku dan aku pikirkan jika ini yang terbaik kenapa aku nak menoloknya
siapa aku nak menolak takdir ALLAH 
siapa aku nak tolak pemberian ALLAH
dan hari ini aku mampu tersenyum walaupun kadang2 ada rasa kesedihan itu...

oklah aku stop dulu
nanti aku cerita pasal PPKI dan macam mana nak uruskan pertukaran sekolah farisyah.


hidup ini indah..kadang2 ALLAH tarik sedikit nikmat tapi ALLAH gantikan dengan kenikmatan yang lain.Sebenarnya ALLAH bagi kita sedikit kesusahan supaya kita tidak lupa Dia Setiap apa yang terjadi sebenarnya banyak hikmah yang tersembunyi kadang2 kita nampak hikmahnya itu kadang2 kita tak nampak...tapi tanpa kita sedar ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kehidupan kita...




10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

Wednesday, January 25, 2017

2017 Moga Ia Lebih Bereti

Salam sayang Semua
Salam membuka cerita ditahun 2017
terlalu lama mendiamkan diri
bukan tak sudi untuk menulis lagi
tapi ........................

permulaan 2017 yang amat baik buat kami sekeluarga
terutama farisyah walaupun sebenarnya susah untuk kami gambarkan
perasaan kami sekeluarga
mungkin bila kami ambil ini sebagai benda paling positif...
ini adalah yg terbaik yang harus kami terima
kerana ini mungkin permulaan untuknya 

rupanya banyak yg aku terhutang disini
nak sambung cerita MRI farisyah ari tue
nampaknya macam dah tak tersambung rasanya
result pun dah dapatkan
result????
seperti yang kami rasakan...
memang mcm tuelah result dia
dengan lekuk2 dibelakang otok kirinya
dengan bekas2 luka kerana geseran 
semua ada
tapi cukup sekadar itu kami kongsikan
yang lain biarlah kami je simpan kemas2 buat panduan kami sekeluarga

atas nasihat pakar dan pegawai di program 3PK
kami telah mengambil keputusan tukarkan farisyah ke sekolah
kami tukarkan farisyah ke Program Pendidikan khas Intelektif (PPKI)
proses tukar sekolah ini memang cerewet
dengan sekolah penuhnya
dengan masalah dia jabatan pendidikannya
tapi alhamdulilah...
jika selalu melancarkan perjalanan orang Insayallah ALLAH akan melancarkan perjalanan kita
walau sesulit mana pun masalah kita
insayallah ia akan menjadi mudah

Insayallah satu hari nanti akan aku ceritakan satu persatu 
macam mana proses pertukaran dapat dia buat'
apa itu PPKI?
korang doakan lah aku rajin nak bercerita ye...

oklah untuk permulaan cukuplah sekadar disini
mungkin lepas nie aku rajin sikit kot nak menulis lagi
doa2kanlah
oklah pergi dulu ye...
lain kali jumpa lagi...





10Q BaCa KisaH "OnE HaPpY FaMilY" Klu RaJin KomENLah sikiT

BloG PerIbaDi-SeGalanYa Hak MiliK aNNa-JuEaNNa